Wednesday, 4 January 2012

Sangkar Ikan Senggang - BAHAROM SONS AQUA LIFE ENTERPRISE

Ternakan Ikan Air Tawar

Ternakan ikan air tawar atau dikenali Sangkar Ikan Senggang diusahakan oleh seorang adik bernama Hairul Nizam (Adam). Ternakan ikan sangkar ini diternak di pesisir sungai Perak di Kampung Senggang. Projek usaha sama adik beradik ini merupakan sumber pendapatan sampingan dan sedikit sebanyak dapat menampung keperluan sumber protien kepada rakyat disekitarnya.
 
Ternakan sangkar diilhamkan oleh seorang abang bernama Iskandar yang tinggal di Maran, Pahang. Daerah Maran berhampiran dengan daerah Temerloh di mana pusat popular penternakan ikan patin terdapat di situ. Di sana beliau mempelajari teknik-teknik penjagaan dan penternakan ikan sangkar dan seterusnya ilmu yang ada dipraktikkan di Sungai Senggang, di daerah Kuala Kangsar.

Sejarah pembukaan dan pembinaannya bermula November 2011. Kerangka pembinaannya dibina sendiri dengan dibantu oleh adik beradik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ikan sangkor Senggang bolehlah layari blog sangkorsenggang.blogspot.com. 
 

Ikan masih kecil perlu diberi makan dalam tempoh yang ditetapkan untuk menjamin tumbesaran ikan yang sempurna.


Aktiviti Semasa


Percutian

SENI VISUAL

Memaparkan Hasil Karya atas Kertas Lukisan

Media dan teknik yang digunakan ini sesuai diajar kepada pelajar tingkatan 5 yang mengambil peperiksaan SPM. Kesemua hasil karya ini telah dihasilkan oleh cikgu Saiful untuk di ajar kepada pelajar.
Media: warna poster Buncho+pensil warna+pen
teknik kering atas basah dan banyak menggunakan air untuk menghasilkan karya seperti ini.
Media: pensil 2B
Pemandangan di Sungai Perak hanya menggunakan pensil 2B sahaja.
Media: Warna Buncho
Pemandangan waktu malam perlu menggunakan warna yang bersesuaian.

Media: warna Buncho+warna pensil